Jumaat, 12 Jun 2015

Jiwa Baru Nak UP!

   
   Ya Allah, lamanya tak bukak blog. T^T Terlalu banyak cerita yang terbuku. hmmmmm.. okay, cerita satu persatu.. Tapi personal tu tak mungkin lah kan.. hahaha.. Aku berkarya, menaip dan menceritakan ni sekadar untuk melepaskan apa yang terjadi dan apa yang boleh dikongsikan. Tak tahu lah kalau ada yang ikut perkembangan aku yang tak berapa nak maju ni. Thanks supporters kalau ada lah kan.. 

Nak kata aku baik, memang sah-sah tak berapa nak baik. Kalau nak kira dosa dengan kebaikan, mungkin dosa lagi berat kerana tiada kesedaran dalam berhati-hati untuk melakukan sesuatu perkara. Aku mengaku aku kuat mengumpat, mengata dan segala jenis dosa yang diperlakukan melalui mulut.. aku pernah dengar azab yang akan diterima jika melakukan sedemikian macam mana... tapi diri ini selalu terlupa untuk berjaga-jaga. 

Bila meningkat naik 19 tahun 8 bulan 15 hari ni.. baru aku rasa, sedar dan peka dengan semua perkara yang berkaitan dengan jiwa ni. Aku baru celik, baru menyesal, baru insaf... nafsu selalu kata dah terlambat tapi jiwa tak pernah berhenti memujuk hati supaya gerak otak untuk berfikir dengan matang dan positif berlandaskan keimanan. Terkadang hati tergelincir dari pujuk rayu jiwa yang menginginkan kebaikan dan terjerumus kedalam ketawa nafsu. Kebelakangan masuk Poli ni, aku boleh nampak jenis manusia, orang dan insan. Perangai, sikap, perilaku, dan macam-macam lah.. aku tak tahu lah pulak imej aku macam mana di mata orang skeliling. 

Alhamdulillah, dalam mengenali sikap diri dan berusaha untuk ubah, mak aku dah sedarkan aku. Mak aku celikkan aku untuk kurangkan sikap sombong. Mak aku dah mengingatkan aku, jadi aku sangat berterima kasih dalam peringatan dan nasihat mak aku. Kadang kadang aku tak perasan, tetiba mak aku tegur aku, baru lah aku sedar balik. Aku rasa jahil sangat kalau tersilap besarkan sifat tu. Kadang-kadang malu pun ada. Sedih dengan diri sendiri.

Aku guna sikap sombong itu sebenarnya pada orang-orang yang annoying sahaja. Terutamanya LELAKI... bagi mengelakkan maksiat. Walaupun aku elak melakukan maksiat secara mata kasar, tapi hati aku tak boleh lari dari maksiat. Aku nak berubah tapi realitinya tak boleh sebab aku tak pernah serius dalam menetapkan kekasih hati. maksud aku, aku tak pernah bersungguh untuk mencintai sesuatu. Senang cerita aku tak faham perasaan yang sebenar-benarnya. Aku tahu sedih macam mana, suka macm mana, sayang macam mana dan marah macam mana. Tapi CINTA tu kurang pasti. Nak berkongsi face to face dengan orang malu kalau bab-bab cinta ni.

Aku suka tengok orang berubah, seronok dan teringin. Tapi aku?? aku pernah cuba untuk berubah tetapi tak menjadi. Astarghfirullahal'azim... Insha Allah suatu hari nanti... Aku mohon sangat-sangat, Allah dapat membuka hati aku untuk berubah dengan benar-benar berubah dan menerima perubahan aku dengan meredhai perubahan itu ke arah kebaikan. Aku taip panjang-panjang bukan orang baca, tapi aku yakin Allah tahu niat aku menaip ni. Aku nak meluahkan. Sebab bagi aku berkata-kata melalui hati tak berkesan untuk mengadu.. Jiwa aku perlukan satu bukti untuk mengadu.

Aku nak mengadu banyak tentang diri aku, HATI aku.. Aku suka manusia, orang dan Insan yang bernama Lelaki setelah sekian lama aku menetapkan dalam diri aku untuk membenci lelaki. Aku dah dapat terima perangai, personaliti dan perihal tentang lelaki. Tetapi aku tak suka layanan kaum-kaum ini. Aku geli sikit sebab kelembutan yang diberikan tak seganas yang aku inginkan. maksud aku ganas tu, cakap tak terlalu lembut, tegur dalam keadaan biasa, macam kawan-kawan biasa. Hmmm Kalau jodoh aku bercirikan apa yang aku tak suka aku redha. Tetapi, apa yang aku papar kan ini hanya idaman semata-mata... Aku ingat, aku inginkan seorang suami yang boleh bimbing aku dunia dan akhirat, terima baik dan buruk aku, boleh layan kerenah aku, terima keluarga aku, peramah dengan keluarga aku tapi pendengar luahan aku, wajah tu mestilah sedap dipandang tapi tidak terlalu kacak lah.. Tapi aku tadelah cantik atau comel.. Kalau dia ada kelemahan atau kekurangan sama ada zahir atau batin aku terima, mungkin salah satu ujian bagi aku. Janji dia dapat didik aku untuk ke jalan Allah. 

Tapi, yang klimaksnya bila aku dah suka pada seseorang ni. Okay, first sight yang aku terperasan yang dia ada situ, bila aku start tolong mak aku niaga. Tapi malangnya bukan dia yang ngorat aku tapi kawan dia. Aku tak suka kawan dia. Kawan dia memang ngorat aku dari first aku datang makan tempat tu. Aku suka lelaki macam dia sebab dia tak layan pun aku, mungkin sebab dia dah ada girlfriend, aku redha.. tapi setiap kali aku buat kerja dia tak tengok aku dalam seminggu dua tu.. aku je asyik usha.. bila aku dah malas nak berharap, asal aku terpandang dia, dia mesti terpandang aku. mungkin perasaan aku je kut. Ish malu je cerita pasal ni. Kisah aku macam boleh buat novel, tapi bosan laa.. mesti bankrap kalau penerbit yang terbit kan novel pasal cerita aku.. hahhahaha

Okay arini hari sabtu, mak aku tak niaga, lagi tiga hari je lagi aku kat rumah, lepasni aku dah balik poli. Selasa aku dah last tolong mak aku. So aku ingat nk tenung dia puas-puas tapi tu dah jadi satu dosa sebab zina mata... hmmmm.. pastu aku yang ingat setiap malam sebelum tidur sampai masuk mimpi ni dah zina hati... Astarghfirullahal'azim... Ya Allah, Jauhkanlah Keluarga ku, keturunan ku, Rakan-rakan ku dan aku dari terjerumus dalam kemaksiatan yang ke arah pengzinaan. Engkau buang lah segala keinginan yang tidak mendatangkan keredhaan mu ya Allah!

Masuk poli, aku dah sem 5, inshaAllah, Aku lebih bersikap positif dan ingat semua pesanan dan nasihat baik mak untuk berjaya. Jauhkanlah aku dari perkara lagha ya Allah! Tetapkan pendirian aku untuk terus mengabdikan diri kepada mu YA Allah..

Wahai hati, beringatlah, mencari kejayaan yang diredhai mestilah hanya kerana Allah dan mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah SAW serta menjejaki nasihat-nasihat kedua ibubapa. Jika tidak tertinggal semua itu dan terus dibawa, maka tiada apa yang berciciran. Dengarlah nasihat tuan mu ini. 

InshaAllah, Saya Sayang Allah, Rasulullah, Mak, Mak, Mak dan Ayah Saya! InshaAllah, kekalkanlah kabulkanlah! Amiin