“Harhhhhh!!!”
Nguapan Sang Keldai terbangun dari tidur kedengaran
dari katil.
“Angah! Ooo Angah! Bile kau nak bangun ni?? Dah
pukul 6.40 da ni! Walau macam mane pon aku tetap suroh kau pegi sekolah jugak!”
Ibu Harimau mengaum membangunkan anaknya dari tidur.
Za’iesya mengeluarkan suaranya yang agak kuat tapi
kemalasan tetap terserlah, “ Ye… Angah da bagun, Mak!” sambil menguap sekali
lagi.
Za’iesya yang agak terkenal dengan sifat
kemalasannya dan ‘Queen of Always Late’ sudah terbiasa oleh orang
sekelilingnya. Tepat pukul 7.15 pagi, Za’iesya siap untuk ke sekolah. Ntah
macam ana dia bersiap pun tak tahu, dalam masa 30 minit sahaja dia boleh siap
serta-merta. Fakta perempuan biasanya mengambil masa berjam-jam lamanya untuk
bersiap ke mana-mana saja.
Za’iesya bukan gadis yang cerewet, dia seorang yang
tidak suka mengeluh dan komen kekurangan yang ada. Apa yang ada guna saja. Kaki
menjadi tunggangannya sejak Tahun Satu lagi. Rakan sebayanya semuanya telah
meenunggang motosikal ke sekolah kecuali Za’iesya.
Jarak Rumahnya ke sekolah hanya mengambil masa 10
minit sahaja. Sungguh pun mengambil masa yang singkat, dia tetap berat tulang
untuk pergi ke sekolah. Entah ada apa di sekolahnya, sampai kemalasan pada diri
dia tu meembuak-buak.
Setiap kali Za’iesya sampai depan pintu pagar
sekolah, dia akan berdiri buat seketika. Gaya dia macam nak berikrar tak nak
datang lambat pun ada. 5 saat berlalu… Muzik lagu Negaraku dimainkan.
Rupa-rupanya dia menunggu lagu Negaraku di mainkan. Za’iesya seakan-akan
menghafal waktu lgu kebangsaan dimainkan.
Habis saja lagu itu ddimainkan di terus masuk dalam
sekolah, menuju ke dataran perhimpunan. “Nur Alia Za’iesya Shahjihan! Naik ke
pentas sekarang!”
Dengan kepala menunduk berjalan terheti seketika
mendengar namanya dipanggil melalui pembesar suara. Semua pelajar mengalihkan
perhatian ke arahnya. Za’iesya dengan muka slumber terus straight ke stage.
“Dah pukul brape sekarang Alia? Termasuk hari ni,
da 20 kali awak dating lambat! Awal pun 3,4 kali saje. Tu pun cikgu kene
jemput!”, Guru Disiplin, Puan Rose yang sudah terkenal dengan nama T.K.O
dikalangan pelajar menegur Za’iesya. Za’iesya dengan lagak seperti tiada
kesalahan memasukkan tangannya ke dalam poket baju belah kanan. Lalu berkata, “
Mana Borang Merid, Cikgu?”
Puan Rose pun terkejut, “ Ha? Borang?”. Za’iesya
mengeluarkan pen dari poket, lalu memicit pennya. “Cikgu, saye kan dating
lewat. Nape cikgu terkejut pulak? Saye nak isi borang merid ni.” Puan Rose pun
memicit kepalanya lalu memberikan Borang ‘Dajal’nya.
Habis Za’iesya mengisi borang tersebut, Puan Rose
pun mengambilnya lalu mengeluh, “Hai! Ape nak jadilah ngan anak sedare aku ni?”
Za’iesya terus ke barisan kelasnya yang cemerlang
dalam bermasalah, 5 Gagah kelas ke-4 dari 8 buah kelas Tingkatan 5 di Permatang
Rendah Seondary School a.k.a PRESS. Sekolah ini sudah membiakkan 95% pelajar cemerlang di peringkat
kebangsaan.
Sehabis saja perimpunan, semua pelajar masuk ke
kelas masing-masing. Kelas 5 Gagah diletakkan di hujung blok kerana terlalu bising.
Za’iesya yang sudah lima tahun bersama rakan sekelas sudah terbiasa dengan
deguman suara dan lantangan gelak dalam kelas itu.
Dalam kelas ini mengamalkan hidup berpuak. Walaupun
berpuak, sepakat dalam back up rakan-rakan tetap ada.
Masuk saja dalam kelas, sorakkan kepada Za’iesya
sudah kedegaran.
“Q-U-E-E-N! Go…… Late!!! Woooohooooo” Za’iesya
dengan sikap yang agak keras dan slumber dalam kelas tersenyum lalu berkata,
“Poyo!”. Sorakkan yang diberi oleh sek-sek DIVA yang dianggotai oleh Diana,
Isztina, Velvet dan Aisya selalu menyorak Za’iesya. Sudah menjadi satu adat,
setiap kali Za’iesya masuk ke kelas, dia harus menghadap muka-muka ‘DIVA’
tersebut. 4 langkah dari meja ‘DIVA’s’ tersebut, Za’iesya mesti merempuh puak
kedua dalam kelasnya, iaitu KPOP!
Budak-budak ni beria-ia dengan ‘Orang Korea Asli’
tu! Sebelum sampai pelabuhan buntut Za’iesya, dia wajib dengar bahasa puak tu
dulu.
“Za’ie-ssi! Neomu Apa? Hahahaha!” Khuzairah a.k.a
Goo Ja berkata dalam bahasa fenatiknya. Za’iesya yang tak tahu apa-apa cuma
angkat bahu dan kenig saja. Tetiba Chua Lee a.k.a CL menepuk bahu
berulang-ulang kali lalu berkata, “Gwen janah, chikguya!!”. Za’iesya menepis
tangan ‘CL Longkang’ tu, lalu pergi.
Za’iesya jenis yang anti-kecinaan sikit. Geng-geng
Za’iesya pula terdiri daripada 8 orang, setiap orang ada pasangan, jadi 4
pasangan dalam geng Za’iesya. Setiap pasangan ada nama tersendiri, nama
komersial puak ni, puak ‘Slumber Det Jer’.
Sampai pelabuhan tetapnya, Za’iesya letakkan beg
yang tak bermaya bawak buku belakang kerusi kayunya, lalu keluarkan gula-gula
getah kegemarannya, Gula-Gula Getah Beruang! Lalu, ‘Ngap!’ Za’iesya kunyah
gula-gula getah keluaran poketnya.
“Za’ie! Za’ie!”,suara garau memanggil dari
belakang. Za’iesya menoleh lalu menyahut, “ Ape?”.
“Boleh Tolong?”, Za’iesya pandang ke atas meja Dhuha ‘Skema’ lalu ber
kata, “Aku pon tak siap lagi. Suroh aku tolong.”.
Habis saja Za’iesya bercakap, dia terus menoleh ke
position yang asal. Lalu guru Matematik masuk bersama ‘Roti Rangup’.
Masing-masing membelek buku latihan matematik dengan speed up ke 120 km/j.
Sek-sek yang tak siapkan kerja rumah semuanya mengharapkan Za’iesya.
Masing-masing memanggil nama Za’iesya tanpa henti.
“ Diam! Saya tak nak dengar suare panggil Alia
lagi! Keluarkan M31, SEKARANG!”, rentapan Roti Rangup berlibas di atas meja
guru. Masing-masing gerun dengan Roti Rangup kesayangan Puan Joyah.
“Alia! Jawap soalan 1!” Puan Joyah memanggil Za’iesya
ke hadapan.
Secara automatik, Za’iesya mencapai buku Dhuha di
belakang lalu membawa bersama kehadapan. Dhuha terkejut dengan tindakan Za’iesya
kerana mengambil buku latihannya secara tiba-tiba, malah dia takut Za’iesya
salin jawapan yang dia siapkan yang salah itu.
“Ini maker pen, Alia!” Puan Joyah menghulurkan
maker pen kepada Za’iesya.
Za’iesya mencapai maker pen tersebut lalu membaca
soaln pada buku latihan Dhuha. Setelah baca, Za’iesya terus jawap soalan
tersebut. Dhuha yang risau di belakang, tergigit-gigit kukunya. Za’iesya pun
selesai menulis jawapan, Puan Joyah pun memeriksa jawapan Za’iesya.
“ Bagos! Alia boleh duduk!”, Puan Joyah memberi
kebenaran Za’iesya duduk. Za’iesya pun terus ke pelabuhanya. Dhuha pun
terkinja-kinja di belakang, “Yes! Za’ie, jawapan aku betol ke?”. “Ape lah bodoh
sangat jawapan kau ni?”, Za’iesya menghempas buku ke atas meja Dhuha. Dhuha pun
membela kaca mata tebalnya lalu periksa jawapannya, “Alamak! Cuai betollah!
Awal-awal da salah! Square root pon tersalah jawap? Bodohnya!”, Dhuha membebel
marahkan dirinya yang selalu bolos.
“Za’ie! Tolonglah aku sekali!” Kamsya pasangan Za’iesya
dalam gengnya meminta tolong dari Za’iesya yang diam-diam ubi berisi.
“Ha?” Za’iesya yang buat-buat terkejut memandang ke
arah bff sebelahnya.
Lalu , “ Kamsya! Awak pulak buat soalan 3, Zalif
soalan 2!” Puan Joyah terus memanggil mangsa seterusnya.
Kamsya dengan keadaan tidak bersedia memandang Za’iesya,
lalu mncapai buku Dhuha sekali lagi! Dhuha yang tak tahu apa-apa tercengang
saja.
Kamsya yang yakin dengan jawapan Dhuha terus
copywrite dari buku latihan Dhuha. Dhuha cuma menggaru kepala yang tak gatal
kerana hairan jawapan soalan 3nya yang di salin tu separuh siap.
“Nah, cikgu!” Kamsya mengembalikan maker pen sambil
tersenyum. Tetiba, “Tunggu sekejap, Kamsya!”, Puan Joyah mengangkat kaca mata
ke atas. Kamsya yang asyik tersenyum lebar ni terhenti langkah kayangannya.
“ Kamu ingat kamu boleh terlepas? Mari sini!”, Puan
Joyah mencapai Roti Rangup atas mejanya. ‘BISH!’ Libasan Super Bangkai
Zampakuto dari Puan Joyah ke tangan Kamsya. Kamsya yang tak tahu apa-apa hanya
menahan keperitan libasan rotan Puan Joyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan