Jumaat, 12 Jun 2015

Jiwa Baru Nak UP!

   
   Ya Allah, lamanya tak bukak blog. T^T Terlalu banyak cerita yang terbuku. hmmmmm.. okay, cerita satu persatu.. Tapi personal tu tak mungkin lah kan.. hahaha.. Aku berkarya, menaip dan menceritakan ni sekadar untuk melepaskan apa yang terjadi dan apa yang boleh dikongsikan. Tak tahu lah kalau ada yang ikut perkembangan aku yang tak berapa nak maju ni. Thanks supporters kalau ada lah kan.. 

Nak kata aku baik, memang sah-sah tak berapa nak baik. Kalau nak kira dosa dengan kebaikan, mungkin dosa lagi berat kerana tiada kesedaran dalam berhati-hati untuk melakukan sesuatu perkara. Aku mengaku aku kuat mengumpat, mengata dan segala jenis dosa yang diperlakukan melalui mulut.. aku pernah dengar azab yang akan diterima jika melakukan sedemikian macam mana... tapi diri ini selalu terlupa untuk berjaga-jaga. 

Bila meningkat naik 19 tahun 8 bulan 15 hari ni.. baru aku rasa, sedar dan peka dengan semua perkara yang berkaitan dengan jiwa ni. Aku baru celik, baru menyesal, baru insaf... nafsu selalu kata dah terlambat tapi jiwa tak pernah berhenti memujuk hati supaya gerak otak untuk berfikir dengan matang dan positif berlandaskan keimanan. Terkadang hati tergelincir dari pujuk rayu jiwa yang menginginkan kebaikan dan terjerumus kedalam ketawa nafsu. Kebelakangan masuk Poli ni, aku boleh nampak jenis manusia, orang dan insan. Perangai, sikap, perilaku, dan macam-macam lah.. aku tak tahu lah pulak imej aku macam mana di mata orang skeliling. 

Alhamdulillah, dalam mengenali sikap diri dan berusaha untuk ubah, mak aku dah sedarkan aku. Mak aku celikkan aku untuk kurangkan sikap sombong. Mak aku dah mengingatkan aku, jadi aku sangat berterima kasih dalam peringatan dan nasihat mak aku. Kadang kadang aku tak perasan, tetiba mak aku tegur aku, baru lah aku sedar balik. Aku rasa jahil sangat kalau tersilap besarkan sifat tu. Kadang-kadang malu pun ada. Sedih dengan diri sendiri.

Aku guna sikap sombong itu sebenarnya pada orang-orang yang annoying sahaja. Terutamanya LELAKI... bagi mengelakkan maksiat. Walaupun aku elak melakukan maksiat secara mata kasar, tapi hati aku tak boleh lari dari maksiat. Aku nak berubah tapi realitinya tak boleh sebab aku tak pernah serius dalam menetapkan kekasih hati. maksud aku, aku tak pernah bersungguh untuk mencintai sesuatu. Senang cerita aku tak faham perasaan yang sebenar-benarnya. Aku tahu sedih macam mana, suka macm mana, sayang macam mana dan marah macam mana. Tapi CINTA tu kurang pasti. Nak berkongsi face to face dengan orang malu kalau bab-bab cinta ni.

Aku suka tengok orang berubah, seronok dan teringin. Tapi aku?? aku pernah cuba untuk berubah tetapi tak menjadi. Astarghfirullahal'azim... Insha Allah suatu hari nanti... Aku mohon sangat-sangat, Allah dapat membuka hati aku untuk berubah dengan benar-benar berubah dan menerima perubahan aku dengan meredhai perubahan itu ke arah kebaikan. Aku taip panjang-panjang bukan orang baca, tapi aku yakin Allah tahu niat aku menaip ni. Aku nak meluahkan. Sebab bagi aku berkata-kata melalui hati tak berkesan untuk mengadu.. Jiwa aku perlukan satu bukti untuk mengadu.

Aku nak mengadu banyak tentang diri aku, HATI aku.. Aku suka manusia, orang dan Insan yang bernama Lelaki setelah sekian lama aku menetapkan dalam diri aku untuk membenci lelaki. Aku dah dapat terima perangai, personaliti dan perihal tentang lelaki. Tetapi aku tak suka layanan kaum-kaum ini. Aku geli sikit sebab kelembutan yang diberikan tak seganas yang aku inginkan. maksud aku ganas tu, cakap tak terlalu lembut, tegur dalam keadaan biasa, macam kawan-kawan biasa. Hmmm Kalau jodoh aku bercirikan apa yang aku tak suka aku redha. Tetapi, apa yang aku papar kan ini hanya idaman semata-mata... Aku ingat, aku inginkan seorang suami yang boleh bimbing aku dunia dan akhirat, terima baik dan buruk aku, boleh layan kerenah aku, terima keluarga aku, peramah dengan keluarga aku tapi pendengar luahan aku, wajah tu mestilah sedap dipandang tapi tidak terlalu kacak lah.. Tapi aku tadelah cantik atau comel.. Kalau dia ada kelemahan atau kekurangan sama ada zahir atau batin aku terima, mungkin salah satu ujian bagi aku. Janji dia dapat didik aku untuk ke jalan Allah. 

Tapi, yang klimaksnya bila aku dah suka pada seseorang ni. Okay, first sight yang aku terperasan yang dia ada situ, bila aku start tolong mak aku niaga. Tapi malangnya bukan dia yang ngorat aku tapi kawan dia. Aku tak suka kawan dia. Kawan dia memang ngorat aku dari first aku datang makan tempat tu. Aku suka lelaki macam dia sebab dia tak layan pun aku, mungkin sebab dia dah ada girlfriend, aku redha.. tapi setiap kali aku buat kerja dia tak tengok aku dalam seminggu dua tu.. aku je asyik usha.. bila aku dah malas nak berharap, asal aku terpandang dia, dia mesti terpandang aku. mungkin perasaan aku je kut. Ish malu je cerita pasal ni. Kisah aku macam boleh buat novel, tapi bosan laa.. mesti bankrap kalau penerbit yang terbit kan novel pasal cerita aku.. hahhahaha

Okay arini hari sabtu, mak aku tak niaga, lagi tiga hari je lagi aku kat rumah, lepasni aku dah balik poli. Selasa aku dah last tolong mak aku. So aku ingat nk tenung dia puas-puas tapi tu dah jadi satu dosa sebab zina mata... hmmmm.. pastu aku yang ingat setiap malam sebelum tidur sampai masuk mimpi ni dah zina hati... Astarghfirullahal'azim... Ya Allah, Jauhkanlah Keluarga ku, keturunan ku, Rakan-rakan ku dan aku dari terjerumus dalam kemaksiatan yang ke arah pengzinaan. Engkau buang lah segala keinginan yang tidak mendatangkan keredhaan mu ya Allah!

Masuk poli, aku dah sem 5, inshaAllah, Aku lebih bersikap positif dan ingat semua pesanan dan nasihat baik mak untuk berjaya. Jauhkanlah aku dari perkara lagha ya Allah! Tetapkan pendirian aku untuk terus mengabdikan diri kepada mu YA Allah..

Wahai hati, beringatlah, mencari kejayaan yang diredhai mestilah hanya kerana Allah dan mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah SAW serta menjejaki nasihat-nasihat kedua ibubapa. Jika tidak tertinggal semua itu dan terus dibawa, maka tiada apa yang berciciran. Dengarlah nasihat tuan mu ini. 

InshaAllah, Saya Sayang Allah, Rasulullah, Mak, Mak, Mak dan Ayah Saya! InshaAllah, kekalkanlah kabulkanlah! Amiin

Isnin, 2 Februari 2015

Rindu Blog


Sekotak hati yang menimpan pelbagai rasa, yang dibuka  dan ditutup oleh pelbagai jenis manusia

suke lagu Hujan ni,


Tak usah kau terangkan ku tahu
Potret wajahmu di setiap penjuru
Curahkan deritamu padaku
Biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
Bersama rasa sayang
Ku biarkan kau terbang
Terang terang
Sudut kecil ku isi
Untuk senyuman mu lagi

Berbaring kita renung ke bulan
Lagu yang ku tulis ku nyanyikan
Lagu cinta tentang kita berdua
Yang kan kita kenangi hingga tiba masa

Terang terang
Bersama rasa sayang
Ku biarkan kau terbang
Terang terang
Sudut kecil ku isi
Untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
Yang tak kembali
Aku janji
Janji takkan pergi

Tak usah kau terangkan ku tahu
Potret wajahmu di setiap penjuru
Curahkan deritamu padaku
Biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
Bersama rasa sayang
Ku biarkan kau terbang
Terang terang
Sudut kecil ku isi
Untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
Yang tak kembali
Aku janji
Janji takkan pergi

make my memory come back, bile terdengar, terbace ternyanyi lagu ni sume ade dalam hati aku...
suke
duke
manis
pahit
gembire
sedih

... perencah hidup
bile terkenang maknenye rindu
bile rindu maknenye kite tak pernah lupe
kenangan pahit itu indah
kenangan manis itu madah

thinking of them first: Allah, Rasulullah, Mum mum mum and Dad !

Selasa, 14 Januari 2014

Friends


Friends

"kawan", "member", "sahabat", "rakan", dan sewaktu dengannye... aku cume percaya kepada member je... bagi aku, member adalah teman yang paling rapat yang pernah aku rase... sahabat mungkin kedengaran terlalu rapat dalam sebuah ikatan persahabatan.. tapi aku tak pernah pegang ke[pada sahabat... sebab setiap kali aku patri yang dia tu sahabat tu mesti perbalahan berlaku.. sejak 7 tahun lagi... ok .. definisi bagi kawan, bagi aku kawan adalah teman yang berada bersama kita pada time2 kite tengah suke, gembire.. kalo rakan, die datang ada pada masa yang tertentu je... cam, gi kelas, gi makan... kalo member, die rapat sikit, sebab die akan selalu ade dengan kite tak kire waktu susah senang... cume kene pandai bentukkan member tu lah kalo nk buah yang baik kan~ aku da ade ramai sangat kawan, member, rakan... tapi SAHABAT aku tak nak jumpe lagi, sebab aku tahu kalo aku jumpe shabat mesti sakit die lebih dari putus cinte... Sahabat selalunye lebih sensitif dari Kekasih tau! aku tahu la... setiap kali aku ucapkan yang die-die tu sahabat, mesti aku akan gaduh sampai nangis2... 

Tapi yang penting, tanpe orang sekeliling aku, aku takan terbentuk menjadi "aku". sebab, kawan2, member2, rakan2 ni lah yang membentuka perangai aku, tingkah aku, cara aku, tatatertib aku... kalo nak diri baik cari lah kawan yang baik.. tapi kalo nk dapat kawan yang baik baiki diri dulu jadi baik... bile kite komen pasal seseorang tu, ianya seumpama kite mengomenkan tingkah kite... aku bukan nak memperbetulkan korang, tapi diri aku pon bukan bagus sangat pon... kite sama2 berubah demi kebaikan..

Yang penting aku sayang Allah, Rasulullah, Mak Mak Mak dan Ayah! Muahhh selamenyeeee!! <3

Isnin, 25 November 2013

Hahahah! Sem 2 daah??

Assalamualaikum!!!
Alhamdulillahirabbil'alamin!! Aku dapat sambung sem dua!!! Dan yang paling penting, pointer aku dapat 3.76... woohoo~ Dekan, Oi! Tapi org kate sem satu mmg senang, tunggulah sem dua.. subjek killer blake!! arghhh!! krem aku gining!!
hohoho... pape pon.. aku da wat terbaik untuk sem satu ni... tunggu sem dua plak... aku nak struggle lagi, untuk buat mak aku lebih bangge dan tidak patahkan harapan dia... Amin!
Hm... mase first2 masuk sem satu aku dok citer sal budak2 bilik aku.. sekarag, aku mungkin ta sebilik ngn diorg. Haaa.. lupe nak bagi tahu, aku dapat asrama jugak, Alhamdulillah...
Rase macam da banyak wwat salah, tapi dapat jugak, tapi untuk sem depan tak nak wat hal... Gile kau nak wat hal, aku akan pasti kan yang aku akan selalu dapat dekan setiap final exam, sampai Graduate... Amin!
Itu perkembangan aku, ni pasal BigBang plak!!

Sekarang semua ahli BigBang ade lagu solo sendiri... yang paling banyak mesti la G-Dragon... hohoho.. Antare banyak2 lagu ahli Bigbang dalam 2013 ni, aku paling suke Lagu G-Dragon ngn Tae Yang...

Ok, tu pasal Bigbang, tak banyak pon... malas nak borak sal k-pop banyak sangat... sekarang aku nak citer sal perniagaan keluarga aku...
Kitorg sedang usaha kan perniagaan pasar malam ngn gerai makan. Kalo pasar malam, menu utama dia LOPIA! Haaa... ade org ckp tak penah denga lah... penah makan yg datin buat la... ade yg ckp "adek-beradik popia ke?" macam2 lah!! Tapi yang pasti rase dia!!! Hmph!!! KAUWWWWWWWW! Bapok arghhhh.... best! Dia ade Lopia Ayam, Daging ngn Sardin... hohoho
Aku ni syok sendiri kan... tade pon yang bace blog aku ni... tape, ini untuk saje2 je, nak luahkan perasaan aku yang dah lame tak terasah! hohoho
 ok la... ni je... Semoga Hidup Seharian Aku dan Seluruh keluarga aku lebih baik daripada sebelom2nye....
Amin..

Aku Sayang kan Allah, Rasulullah dan Kedua Ibu Bapa ku! <3 <3

Ahad, 7 Julai 2013

I'm Poly-girl now!


Aku budak poli! aku amek diploma akauntansi, kelas DAT 1D, Jabatan Perdagangan... Sem 1 ni aku dudok asrama, no bilik aku T127... dalam bilik tu ade 6 orang termasuk aku... Katil pertama, Atikah, Katil kedua, Shafy, Katil ketiga, Aliah, Katil keempat, aku, Katil kelima, Mina, Katil keenam Murni...

saje je luahkan dekat blog ni... untuk suke2, haha... Aku nak aktif dalam poli ni, aku nak target 4# untuk sem 1 ni... In Sha Allah! Aku da masuk kelab Silat Cekak Ustaz Hanafi, aku da daftar dalam Pembimbing Rakan Siswa (PRS), dan aku nak masuk Wataniah!

Minggu ni x boleh balik sebenarnye, tapi aku singgah sekejap kat rumah, petang balik r poli balik~ Minggu depan da start puase, aku boleh balik Jumaat ngn Sabtu je... Petang Sabtu kene balik semule kat poli, sebab hari Ahad nak amek Ijazah Silat Cekak.. kene bayar RM 60... Kalau x bayar, tak boleh amek ijazah, kalo tak dapat ijazah, aku tak boleh belajar buah silat cekak.. so, kene usahe jugak!

Dudok asrama... emmm... ok! kawan2 sume baik2! stakat ni tade perbalahan lg.... harap2 sampai abes sem 1 ni~ Ameen... Blaja pon ok! jalan dari asrama ke kelas tu ade masalah skit.. macam2 lah... penat, lambat, jauh, berpeluh dll~
Assessment tu biase... macam keje skolah jugak~ tapi banyak darikeje skolah,,, kene siap kan secepat mungkin... Bayang la! dalam mase seminggu kene habes kan satu chapter untuk setiap subjek... dah lah dalam seminggu tu ade 8 subjek... pecah otak, nak buat Quiz lagi, Presentation lagi... Test lagi... Discussion lagi... Dictionary skills la... dll..

So, lebih busy daripada biase,,,

Btw, aku bersykur gile sebab dapat IPTA yang dekat dengan rumah, dan kos yang ade mase depan...
Harap aku boleh bawak sampai Grad~ 

Anyway, i'm always Love Allah, Rasulullah and My Parents!!!

Selasa, 11 Jun 2013

Bengap Bin Bendul

Nak gi amek Borang Geran Bantuan Pelajarke IPT

6/6/2013, aku nak gi kat Yayasan Pahang ngan ayah aku. Dalam perjalanan aku ni mengantuk giler... maklumlah, dah kol 2pm kot -mase2 gawat mate utk tido-
sampai dekat Yayasan Pahang, aku gi kat kaunter pertanyaan, " Em, kak! Borang  Dermasiswa dekat mne?".
" Kaunter 1, dik!".
Aku pon tros pegi dekat kaunter 1 tanye sal borang tadi.. 
Puan tu pon tanye, " awk lepasan SPM tahun brape?", alu tros jawap, " 2013!''. 
"Ha??? tahun bile?", dalam ati aku ni pelik, takan puan ni pekak kot!
"erm... 2013 lah!", Puan tu pun buat muke pelik~ maksud aku bkn muke pelik yang hodoh, tapi pelik lah..
"Eh! Tahun 2012 lah! Sori, ter"syasyur"!", " Ha! tu lah, saye pon pelik jugakk, calon 2013 pon blom amek SPM, awk dah lepasan... yang tu bukan dernasiswa, tapi geran bantuan pelajar ke IPT... dudok dulu!", aku pon wat muke blur r ...takan nak terkinje-kinje plak kat depan tu, dengan wat salahnye.. malu aku.. dahlah, sebelah aku ade budak pompuan sebaye aku! huhuhu

Antar Borang Zakat

6/6/2013 jugakk, lepas gi amek borang tu, aku tros pegi anta borang zakat... Naik tangge tu.. aku pon letak borang kat kaunter, orangtu pon cek... cek2~ "dik, salinan k/p mak kene ade dek!"
Aku pon wat muke seposen " ooo... yeke, tak bace betol2 tadi...huhu", aku pon gi kat ayah aku, " ayah die nak salinan i/c mak!", "dah nape tak cek awl2?? dah kene wat keje 2 kali...", 
7/6/2013, aku pon pegi skali lagi nk anta borang zakat tu... naik tangge tu... skali lagi aku letak borang zakat tu, org tu pon cek... cek2~ " dek! Surat pendapatan ayah kene ade ni! adek pegi kat ketue kampong, adek mintak jer surat pendapatan ketue kluarge!", aku pon wt muke blur plak... aku pon turun tangge, pegi kat ayah aku... " die ckp, die nk surat pengesahan pendapatan", "Dah nape tak bagi tau awal2??? Hish! Cerewet, dekpong!!!", pastu balik....
11/6/2013, Aku pon pegi yang ke-3 kali nak anta borang... huh! -_-
Berdoa ni, takot ade mende2 yg tak kene lagi biar jauh kan... Bismikkahirrahmanirrahim!! aku pon naik tangge, sampai tu, aku pon letak borang, org tu pon cek... cek2~ " erm.. adek, salinan ic org yg tinggal serumah pon kene ade jugak, nanti adek buat salinan, sah macam adek sah kan kat salinan ic yg lain....pastu anta!", aku ni muke dah seposen + blur dah nim! aku pon masuk kete, aku bagitau ayah aku, ayah aku pon blebe kat aku... huh! ape yg aku mmpu? denga je lah!
huhuhuhu

Antar Borang Geran Bantuan Pelajar ke IPT

11/6/2013, lepas anta borangzakat yang asyik tak lepas tu... aku pon pegi anta borang kat yayasan pahang plak.. aku letak borang, org tcek... cek2~ " adek isi borang ni... isi bahagian c lepas tu anta dekat kaunter 2..", "ok~" aku pon isi... isi2~ anta, lame......tu... "Ain Suhaila Binti Baharudin! Kaunter 4", alu pon gi r..
" isi name, ic, institusi ngn tande tangan!", aku pon isi... "ok, ini gerannye..", aku pon amek... belek2...
mane duit nye?? pusing blakang geran tu ade kertas macam duit Rm 100 5 keping... duitbetul ke tipu?
tengok betol2... wah! canteknyer... ungu!

Kesimpulannye

Antare Yayasan dengan Muip, kerje yang lagi teliti adelah Muip! sebab borang yayasan tu, dengan tarikh aku salah isi, ade sikit aku tak isi, mungkin x penting tapi, nape die tak tanye?
kalo Muip tu, tak buat salinan kene balik buat salinan...
Satu lagi.. Careless... aku ni tak bace betol2 borang tu.. kalo tak tade lah nk kene wat keje sampai 2,3,4 kali...
Satu lagi!! Pihak2 bantuan pon salah, die tak isi betol2 ape ygdiorg nak, macam muip! die tak kate pon die nak surat pendapatan ngan salinan ic yg dudok serumah... dah menyusah kan aku ngan ayah aku!... Hai

By The Way! I really love Allah and Rasulullah!

Ahad, 12 Mei 2013

About Me!


Ain Suhaila! Asalnye mak aku nak isi Nur Ain. Lepas tu, kakak mak aku, kirenye mak sedare aku datang suroh isi name Suhaila... Then, ayah aku suroh isi name Ain Suhaila...
So, name panjang aku Ain Suhaila Binti Baharudin Bin  Sirat Bin Ali~
Gambar yang kat atas tu, gambar Crush aku~ Ceyywwah~
 Aku anak ke-6 dari 7 orang adik beradik! Aku tanak nilai diri aku sendiri sebab nanti jadi cam angkat bakul sendirilah plak -mcm Kak Ton Comeyy tuh! haiiikktuiih!-
Biar orang di sekeliling dan yang mengenali aku je tahu aku macam mane...
Aku ni minat politik sikit~ 30% je lah tahu pasal politik! Pantang orang burukkan Parti aku..- yelah! sape x marah??-
Aku minat hiburan macam, komedi, pop, nyanyian, muzik dan sewaktu dengannye..
 Selain dari hiburan, aku pon suke forum2 agame, nasyid ngan ceramah... Aku jugakk minat dengan keganasan, contoh, citer2 ganas and seram...muzik yang ganas kurang sikit, sebab ia boleh melalaikan dan merosakkan minda remaja... Hahahaha! Aku pon suke dengan aktiviti lasak, misalnye, berkhemah, berkayak, ber'flying fox', merempuh halangan dan lain2... Aku suke kepade seni, semue jenis seni!
Okay, next... aku pernah belajar di Sekolah Rendah Sungai Isap dari darjah 1 hingga 6.. UPSR aku dapat 3A 2B.... Penulisan (BM), Matematik, dan Sains aku dapat A, English, Pemahaman (BM) aku dapat B...
Form 1 sampai Form 5, aku belajar dekat SMK Sungai Isap, hallarh, tak jauh pon... jalan je da sampai!
PMR aku dapat 5A 3B.... Mt, Sn, Sj, Geo ngan Kh aku dapat A dan BM, Bi ngan Pi aku dapat B jer...
-apelah, org melayu tapi dpt B jer..- Lepas tu, aku amek aliran Akaun..
SPM aku dapat 4A 3B+ 1C+ 1C 1D, semua sekali 10 matepelajaran.... M3, Pi, Pa, Psv aku dapat A, Sn,  Sj, Bm aku dapat B+, Bi C+, Ea C jer and Add Math D...
sekarang aku tengah tunggu panggilan U... aku dapat Form 6 dekat SMK Paya Besar, tapi mak ngan Kakak aku cakap tak payah pegi, nanti buang mase... so aku tak pegi~
Antara Mak ngan Ayah aku, aku paling rapat ngan Mak aku... kalau aya aku time nak mintak nasihat... Dalam adik beradik, aku paling manje kot?? Pastu adik beradik slalu panggil aku Deney Peyl, ngan Sotong dulu.. Deney tu manje, jadi kalo tambah Pey kat belakang tu dikire manje sangatlah... Pastu diorang panggil aku Sotong sebab mase aku lahir mate aku bapak Bulat,..macam mate sotong.. tapi bile besar ni, molek ade mate aku sepet..
Start skolah rendah, budak2 ejek aku Bibir sebab bibir aku tebal... negro pon ade jugakk org panggil aku...
Naik skola menengah orang panggil aku Justin Bibir, tapi tu sampai Form 4 je... Start Form 5, tade gellaran ddah untuk aku~ Hahahaha!
Okay, sal kawan pulak! Kawan yang terbaik yang pernah aku kawan mase kecik2 dulu.... Sariela Akma, Nur Amalina, Nur Adiera, Zawani, Nur Aishah, Muzaliyana ngan Zakiah.. aku ingat name2 kawan aku... tak tahu lah diorang cam mane,... 
Bile dah besar ni, kawan yang paling baik ngan aku, mesti lah SGASH! Ilya, Lieya Eza, Naja, Anim... Yang lain2 plak, Nur Ain, Azleen, Ainur, Aishah ngan Eida..
Adik beradik yang paling rapat ngan aku, adik aku, Ain Su Haima... name dia nak dekat ngan aku sebab, mak aku ingatkan aku yang terakhir... tetibe plak dia nak jugakk dok dalam rahim mak aku, so terpakse lah trime... Alang-alang dia kluar selepas aku, isi name Ain depan dan sempena ngan name mak aku Ma... jadi Ain Su Haima.. yang bahagian jarak tuh aku tak tahu kenape??
Aku ade 2 orang kakak, 3 orang abang.. wat mase ni, 4 orang dah kawin,,,.. tinggal aku, abang aku, ngan adik aku jer tak kawin lagi.. aku ade 5 orang anak sedare stakat ni... Aku ade Moyang lagi... Moyang aku dah umur 100 lebih dah...tapi aku tade nenek ngan datuk.. dua2 belah dah meninggal.. -innalillah-
Oppss lupe... aku nak promot TWITTER, FACEBOOK, SKYPE, YOUTUBE aku....
www.twitter.com/AinSuhaila1 
www.facebook.com/qatangsz.paroqsz
www.skype.com/sayangsuhaila95
www.youtube.com/user/suhailaboom95
By The Way, Allah and Rasulullah always in my heart~